Tuesday, April 14, 2009

mula

Sekarang telah bermula hari baru , dan aku terpaksa sekali lagi memulakan sesuatu yang baru. Satu lagi permulaan baru dan pengakhiran yang baru. Mencari sinar baru dan mengungkap satu perdekatan baru. Bagaimana harus dimulakan? Di tengah malam yang dingin ini aku cuba mencorakkan sesuatu yang baru.Berfikir mengenai diri sendiri dan kehidupan. Apakah yang terjadi pada pagi,tengahari dan malam nanti? Adakah sesuatu di luar dugaan ataupun impian semalam akan tercapai pada hari ini. Semuanya masih tak pasti dan berlegar-legar di kepala aku yang sudah kusut ini. Apa yang perlu aku lakukan? Adakah berdiam diri sahaja? Melihat apa yang berlaku didepan mata sendiri?kaku… kaku seperti batu, keras dan tidak bernyawa.

Entahlah…terlalu sukar untuk aku bayangkan. Sekilas pandang nampak tidak ada apa-apa, namun kebenarannya adalah nyata dan ianya benar berlaku. Jika aku kenangkan mengenai semalam ianya nampak seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang menarik. Adakah sinar bukan milikku? Ataupun aku sekadar terlalu mengharap sangat sinar itu akan muncul? Dan jika ianya tidak muncul,lalu aku mengeluh? Detik-detik lalu seringkali ku imbas untuk jadikan iktibar, mencanang sesuatu yang baik dan baik lagi,lebih hebat dari sebelum-sebelumnya. Atau..adakah ianya akan menemui kebinasaan. Kebinasaan yang menenggelamkan impian dan harapan? Apakah yang boleh aku lakukan? Hanya pasrah, pasrah dengan takdir,menunggu sesuatu yang datang menyembah didepan mata sendiri.

Hakikatnya kita perlu berusaha, bertindak untuk sesuatu. Jangan mengharap balasan atau ikhsan, meneruskan perjalanan dan mencapai sesuatu yang di impikan,dari hanya berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa.Teruskan langkahmu untuk mencapai visi itu…