Tuesday, September 8, 2009

r'evol'ution

Jika benar cinta itu sesebuah nikmat yang agung dan berkesan mengubati hati setiap yang kosong,mengapa kita tidak terus bergantung pada-nya terus terusan?menikmati dan merasai nikmat-nya cinta tanpa ada batas atau ketakutan,tanpa perlu bersusah payah untuk mendapatkan-nya,dan tak perlu teragak-agak membuat keputusan...ya mungkin nanti dikira cinta tidak istimewa pula,tiada pengorbanan kata-nya,tiada usaha untuk sampai kesitu atau suatu tahap yang sepatut-nya.
Jadi apa yang sepatutnya?

Setiap orang punya cara yang berbeza untuk mendalami atau rasai nikmat-nya cinta itu dan tidak perlulah terburu-buru atau terinpirasi dari kisah cinta agung atau sketsa semasa mahupun karangan sebuah novel.
Bagi aku cinta yang kukuh dan sekata datangnya dari dalam diri,keikhlasan yang ikhlas tanpa perlu dipaksa atau dibuat-buat.
Ianya datang spontan dan kita akan terasa auranya jika kita betul-betul dekati dengannya.
Tak perlu dirancang,umpama kita sedang lapar atau haus dan ianya akan makan dengan sendirinya.
Tak pernah puas untuk menikmati makanan,semua rasa setiap ramuan mahu dirasa.
Begitu juga-lah cinta.

Terlalu banyak orang cuba memberi erti dan makna apa itu cinta.
Ada yang tidak suka selalu menyebut-nya suatu tanggungjawab: mungkin kerana terlalu memberi sepenuh perhatian dan bertumpu pada cinta sahaja.
Bagi mereka yang bermain dengan-nya suka menyebut-nya sebuah permainan: yelah umpama kita bermain permainan video,kerana main-main dan tidak bermain dengan betul lalu bosan.
Dan mereka yang tidak memilikinya,menyebut-nya sebuah impian: dan memasang angan-angan."alangkah baik-nya aku dapat dia,kahwin,dapat anak,ada kereta,rumah besar,duit banyak".Berfantasi.
Tidak pula bagi yang sedang bercinta,ianya dianggap takdir: Semua ini adalah ketentuan tuhan,tuhan memberikan aku seseorang dalam hidupku,aku bahgia sekarang,tamat.

Terlalu banyak,banyak makna yang dapat diterjemah-kan mengenai cinta,sampai aku sendiri pun kadang-kadang keliru dengan apa yang jadi.
Bagi aku,semua-nya punyai peringkat-peringkat yang harus diharungi,sejauh mana kita berfikir,sejauh mana kita hadapi,sejauh mana kita selesai-kan,semua terletak ditangan kita sendiri,kita yang memilih untuk jadi apa yang ingin dijadi.
Jadi kita percaya dengan pilihan kita,dan semua-nya adalah mudah dan tidak rumit,kalau kita hadapi,berfikir bersama-sama.
ketentuan adalah milik kita,milik kita semua dan bukan ikut tudingan orang lain.

tionu'love'r.